Dilaporkan polis kini telah mengedarkan gambar-gambar suspek yang terlibat dalam kejadian menyamun dan merogol 2 wanita Vietnam di Jalan Genting Klang dekat Setapak Ahad lalu.
Gambar-gambar suspek itu berjaya dirakam menerusi kamera CCTV. Dalam salah satu gambar suspek itu menunjukkan seorang lelaki dalamlingkungan 20-an memakai baju berwarna biru yang mempunyai logo Superman.
Dalam satu lagi gambar menunjukkan 2 orang lelaki menaiki sebuah motosikal dan memakai topi keledar. Mereka dua ini juga dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol yang berlaku dalam kejadian antara pukul 1 hingga 1.30 pagi itu.
Jika sesiapa mempunyai maklumat mengenai gambar suspek ini, mereka diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-2115 9999 bagi membantu siasatan.
![[Gambar] Suspek samun, rogol diburu suspek [Gambar] Suspek samun, rogol diburu](/suspek.jpg)
Gambar salah seorang suspek samun dan rogol. foto Kosmo.com.my
Cara Memikat Wanita Idaman Anda
No comments:
Post a Comment