Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

Mardi perkenal baka ayam kampung baharu

November 29th, 2012 at 9:31 pm -

Hari ini di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012, MARDI telah memperkenalkan baka baru ayam kampung. Baka ini dikatakan lebih baik daripada ayam kampung asli dari segi pertumbuhan, kadar peneluran dan keseragaman warna bulu.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom memberitahu ayam ini ayam ini boleh mencapai berat 1.5 kilogram dalam masa 3 bulan, mempunyai tekstur seperti ayam kampung dan lebih tahan lasak.

Sesiapa yang ingin mendapatkan benih baru ayam kampung ini boleh boleh berhubung dengan Stesen Mardi Muadzam Shah, Pahang.

mardi Mardi perkenal baka ayam kampung baharu

Logo Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).kredit Bernama

pixel Mardi perkenal baka ayam kampung baharu

Cara Memikat Wanita Idaman Anda

[Gambar] Ayam kampung baka MARDI dua kali ganda lebih kualiti

November 30th, 2012 at 10:56 pm -

Kualiti ayam kampung ternakan MARDI dilihat 2 kali ganda lebih baik daripada harga ayam kampung kacukan.

Ayam kampung itu juga lebih seragam dari segi fizikal seperti warna bulu, bentuk badan dan berat badan serta bercirikan ayam kampung asli iaitu mengais dan mengeram telur sendiri selain sudah teruji dagingnya rendah lemak dan lebih pejal.

Menurut Dr. Azizan Ab. Rashid iaitu Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik MARDI, beliau memberitahu jumlah ayam permulaan untuk penternakan ialah sebanyak 150 ekor dengan setiap seekor berharga RM1.80.

ayam kampung [Gambar] Ayam kampung baka MARDI dua kali ganda lebih kualiti

Kakitangan MARDI sedang beri ayam kampung baka MARDI. Baka ayam ini telah dilancarkan semalam di  MAHA 2012 .sumber gambar Kosmo.com.my

pixel [Gambar] Ayam kampung baka MARDI dua kali ganda lebih kualiti

Cara Memikat Wanita Idaman Anda